APA KELAINAN PUASA DAN HARI RAYA TAHUN NI???!!!

January 7, 2011 admin Berita

Jangan betulkan komputer anda! tiada pengumuman puasa atau hari raya…yang nak di ceritakan ialah tiada lagi wajah ini lagi yang akan mengumumkan tarikh puasa,tarikh hari raya aidilfitri dan hari raya haji…Beliau yang saya maksudkan ialah Y.M   Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang akan bersara berkuatkuasa hari ni……dari aku kecik sampai la dah sesuai jadi bapak budak ni,wajah inilah yang menimbulkan nostalgia terutamanya ketika exited menunggu pengumuman hari raya aidilfitri…masa budak-budak la…..ni tak raya pun kalau tengok muka dia,feel raya tu datang balik…hehehehe…..camnepun di ucapankan selamat bersara untuk Y.M   Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah…terima kasih kerana membuatkan puasa dan hari raya kami lebih bermakna…..kami pasti akan merindui wajahmu di kaca t.v……

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
“Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu,” katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. – BERNAMA

tak sampai 2 saat pun kalau tekan like!hehe..
like jika korang okeyyyy!!

tak cukup duit sambung belajar?? jgn risau! klik sini segera!!

hadiah terbaik untuk ibu bapa anda!!

Pakej murah Umrah dan melancong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)

15 Responses to “APA KELAINAN PUASA DAN HARI RAYA TAHUN NI???!!!”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Powered by WordPress. Designed by elogi.