DAVID TEOH NAFI DAKWAAN BOB KU2!

KUALA LUMPUR: “Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.
“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.
Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.
Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.
sumber: harian metro.
yang mana satu betul??? apapun, kita doakan brader bob cepat sembuh….cerita2 belakang ni x penting…yg penting memang kesihatan bob ku2 terganggu sejak akhir2 ni….bantulah mana yg mampu….
facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)





















