JUSTIN BIEBER HINA NEGARA INDONESIA??

April 30, 2012 admin panas

 

 

Syahrini Minta Justin Bieber Minta Maaf Kerana Hina Indonesia

 

JAKARTA: Penyanyi Indonesia Syahrini mengecam bintang remaja antarabangsa Justin Bieber kerana didakwa memperlekehkan negara itu.

Menerusi akaun Twitter peribadinya, penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku melahirkan kekecewaannya dan meminta Bieber untuk meminta maaf kepada rakyat Indonesia.

“Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia,” tegasnya menerusi kemas kini akaun Twitter, @PrincesSyahrini, pada Sabtu.

Terdahulu, kenyataan Bieber yang memperlekehkan kualiti studio rakaman di Indonesia mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat republik itu.

Ketika ditemubual pada pelancaran album terbarunya Believe 2012 di London, England, baru-baru ini, penyanyi itu mengakui dia merakamkan salah sebuah lagu dalam album itu di Indonesia.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Mirror, Bieber menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru dan tidak berpola. Dia turut mempertikaikan kualiti studio rakaman di Indonesia yang dianggap sangat teruk.

 

Justin Bieber

 

“Saya berada di sebuah negara yang bercelaru. Saya merakamkan sebuah lagu itu di sebuah studio yang kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan,” kata Bieber dalam temu ramah itu.

Pengurusnya Scott “Scooter” Braun mengesahkan negara yang dimaksudkan Bieber adalah Indonesia.

Pengurus Syahrini iaitu Reindhy berkata, penyanyi itu terganggu dengan kenyataan dikeluarkan Bieber menerusi pelbagai media dalam talian mengenai Indonesia yang disifatkan sebagai tidak bersesuaian dan tiada etika.

“Syahrini terganggu dengan kenyataan Justin Bieber yang disiarkan beberapa media dalam talian.

“Menurut Syahrini kenyataan itu tidak beretika. Bukankah Justin mempunyai peminat yang ramai di sini. Apakah dia tidak menghargai perasaan masyarakat Indonesia?” ujar Reindhy kepada laman web detikHOT, pada Ahad.

 

mstaronline

 

========================================================

poyo la mamat ni!  :choler:

 

 

 

 

tak sampai 2 saat pun kalau tekan like!hehe..
like jika korang okeyyyy!!

tak cukup duit sambung belajar?? jgn risau! klik sini segera!!

hadiah terbaik untuk ibu bapa anda!!

Pakej murah Umrah dan melancong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Powered by WordPress. Designed by elogi.