NAFI TAK BANTU:BUKTI GAMBAR DAVID TEO BANTU BOB KUMAN ??

Semalam admin terbaca tentang ini…..tentang penafian dari syarikat produksi Metrowealth yg kononnya di dakwa x membantu bob kuman ketika sakit…
Merujuk perkara di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami.
Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010.
Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9.
Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan.
Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.
perkiraanya mudah… dlm keadaan sakit dan x berdaya ada kemungkinan bob kuman lupa apatah lagi beliau menghadapi tekanan kekurangan sumber kewangan dan of coz tekanan sakit yg di alaminya….klau dia silap maafkanlah….sebaliknya bantu lah mana yg terdaya…admin percaya duit sumbangan sebelum ni dh abis….x salah Metrowealth bagi sumbangan sekali lg…
manyak untung kan…..
mungkin syarikat produksi Metrowealth membuat penafian itu untuk menjaga reputasi syarikat…ye lah..takut2 market jatuh…. & di pandang serong…..orang bisnes kan…
senang cerita…tutup kes….. x kena tangkap polis pun kalau membantu orang banyak kali…malah di pandang mulia….
semoga brader bob cepat sembuh…
facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)





















