SHAH RUKH KHAN DI SIASAT POLIS KERANA CETUS PERGADUHAN!

May 18, 2012 admin panas

  MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu. Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut. Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadiumberkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu. Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan. Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.     “Pihak keselamatan stadium telah menasihatinya supaya segera meninggalkan padang tetapi Shah Rukh Khan sebaliknya cuba mencetuskan pergaduhan,” kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA) Nitin Dalal. Menurut Dalal lagi, Shah Rukh Khan dan kumpulannya telah memasuki padang permainan sejam setengah selepas perlawanan tamat kerana ingin bermain kriket dengan kumpulannya itu. “Para pegawai memaklumkan kepadanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian tetapi malangnya pelakon itu menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya malah menggunakan perkataan yang tidak wajardidengar,” katanya. Sehubungan itu, Dalal mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan memutuskan untukmengharamkan Shah Rukh daripada menghadiri sebarang perlawanan kriket di Stadium Wankhede pada masa hadapan. “Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan dia memasuki stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun,” kata Bendahari MCA, Ravi Savant.     di mysia, namanya baru je di sebut2 minggu lepas x silap….penangan kuch2 hotak heyy la pelagi… :)

tak sampai 2 saat pun kalau tekan like!hehe..
like jika korang okeyyyy!!

tak cukup duit sambung belajar?? jgn risau! klik sini segera!!

hadiah terbaik untuk ibu bapa anda!!

Pakej murah Umrah dan melancong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Powered by WordPress. Designed by elogi.