PELAJAR DI BENAR BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH SESI TAHUN DEPAN!

MELOMPAT!
la budak2 sekolah baca berita ni…..
ekeke..yelah..dah seiring dengan teknologi…susah nak sekat…kalau di sekat pun diorang tetap bawak jugakkan?? x payah tipu lerrr…
ada pro dan kontra..tp sekolah kena buat undang2 yg sewajarnya…asalkan tidak mengganggu pelajaran dan ketika pembelajaran…..mungkin bleh di wujudkan satu stor khas untuk simpan telefon bimbit masing2…mungkin…..
![]()
Pelajar sekolah di seluruh negara – mungkin dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, pada sesi persekolahan tahun depan.
Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
DATUK DR WEE KA SIONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.
Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.
Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.
Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.
Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.
facebook comments: bardbahtiar.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini... :)

















